Site icon TechNave BM

Pengesanan kemalangan iPhone 14 hubungi pihak kecemasan semasa naiki “roller coaster”

Salah satu ciri baharu yang terdapat pada siri iPhone 14 adalah pengesanan kemalangan di mana telefon pintar akan menghubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik sekiranya ia mengesan anda mengalami kemalangan kereta. 

Walau bagaimanapun, Apple mungkin perlu memperbaiki ciri itu sedikit lagi kerana ramai pengguna melaporkan bahawa siri iPhone 14 mereka memberi pemberitahuan semasa menaiki roller coaster.

Seperti yang dilaporkan oleh CNET, ciri pengesanan kemalangan telah menimbulkan isu kepada kakitangan kecemasan di taman hiburan King Island berhampiran Cincinnati, Amerika Syarikat. Sejak pelancaran siri iPhone 14, kakitangan kecemasan di sana telah menerima 6 panggilan pengesanan kemalangan iPhone daripada pelawat taman itu.

Perkara yang sama juga berlaku di taman hiburan Six Flags Great America berhampiran Chicago di mana kakitangan kecemasan yang bekerja berhampiran kawasan itu menerima panggilan pengesanan kemalangan daripada pengguna iPhone yang menaiki roller coaster di sana. 

Banyak panggilan kecemasan dibuat tanpa disedari oleh pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version