Site icon TechNave BM

Penggabungan Celcom dan Digi tidak membawa sebarang perubahan buat masa ini

Celcom dan Digi akhirnya telah menyelesaikan penggabungan dan menjadi satu syarikat teknologi. Dengan gelaran CelcomDigi, ramai pengguna tertanya-tanya sekiranya ada sebarang perubahan dan perkara baharu.

Dalam bahagian soalan lazim (FAQ), kedua-dua Celcom dan Digi akan menggabungkan sumber mereka, namun ia tidak menyatakan bila sumber itu akan digabungkan sepenuhnya. Buat masa ini, pengguna Celcom dan Digi akan terus menggunakan produk masing-masing seperti biasa tanpa perubahan.

Logo biru dan kuning juga akan diteruskan tetapi logo baharu mungkin dikeluarkan pada masa hadapan. Kedai Celcom dan Digi sedia ada juga masih kekal sama tetapi kakitangan Celcom tidak boleh melayani pelanggan Digi dan begitu juga sebaliknya.

Pelanggan masih boleh melakukan transaksi yang sama di kedai runcit mereka, serta di aplikasi Celcom Life dan MyDigi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version