Site icon TechNave BM

Penggodam berjaya untuk “jailbreak” PS5

Bagi kebanyakan penggodam, jailbreak PS5 telah menjadi obsesi mereka. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi video di mana dia menggunakan pepijat dalam sistem pemaparan Webkit untuk mengakses tetapan rahsia pada konsol terbaru Sony PlayStation 5.

Penggodam SpecterDev menunjukkan gambar sebagai bukti bahawa dia berjaya jailbreak konsol terbaru Sony. Walaupun video itu pada mulanya tidak kelihatan begitu menarik, eksekutif Sony melihatnya dan mengesahkan bahawa jailbreak itu sebenarnya betul. Penggodam itu mengakui masih banyak proses yang perlu diusahakan.

Untuk pengetahuan, jailbreak ini masih jauh daripada tersedia untuk orang awam. Walaupun majoriti penggodam menegaskan bahawa jailbreak membolehkan mereka menetapkan sistem sendiri, ia juga merupakan satu cara untuk memuat turun game cetak rompak yang mengakibatkan kerugian besar untuk pembangun game dan Sony.

Penggodam menggunakan pepijat dalam konsol menggunakan protokol IPv6 untuk menyambung ke Internet untuk memuatkan perisian godam sendiri. Penggodam juga mempunyai akses kepada tetapan penyahpepijatan konsol yang biasanya hanya tersedia untuk pembangun.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version