Site icon TechNave BM

Penggodam bocorkan data peribadi 5 juta penumpang dan pekerja AirAsia

Maklumat peribadi sehingga 5 juta penumpang dan pekerja syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia telah digodam dan dibocorkan. Menurut sumber, penggodam adalah daripada Daixin Team. Namun, AirAsia belum mengeluarkan kenyataan sebagai maklum balas terhadap perkara ini.

Salah seorang pengguna Twitter telah mengirim tiga tangkapan skrin data peribadi yang bocor didakwa bahawa mereka adalah penumpang dan kakitangan AirAsia. Beliau berkata bahawa Daixin Team menghantar perisian godam untuk menyerang sistem AirAsia dan berkongsi dua fail yang mengandungi data peribadi penumpang dan pekerja AirAsia.

Menurut tweet itu, penggodaman berlaku awal bulan ini dan dokumen pertama adalah data penumpang. Fail kedua mengandungi data pekerja termasuk hari lahir, alamat, tarikh pekerjaan dan jawapan kepada soalan rahsia mereka.

Jurucakap Daixin Team mendakwa AirAsia telah menghubungi mereka untuk berbincang dan meminta mereka memadamkan maklumat yang mereka kongsikan dalam tweet tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai harga. Daixin Team juga mengancam untuk menerbitkan maklumat sulit AirAsia dalam talian.

Kumpulan penggodam itu juga berkata keselamatan rangkaian AirAsia adalah lemah. Laporan itu menulis bahawa perkara ini mengejutkan kerana Daixin Team sentiasa menyerang dan memeras ugut kumpulan perniagaan di Amerika Syarikat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Sin Chew

Exit mobile version