Site icon TechNave BM

Pengguna Android, iOS, macOS dan Windows kini boleh muat turun Microsoft Defender

Microsoft telah mengeluarkan aplikasi keselamatan siber baharu pada Windows, macOS, iOS dan Android menggunakan ‘Defender’. Ia disediakan untuk pelanggan Microsoft 365 peribadi dan keluarga di mana ciri-ciri aplikasi akan berbeza mengikut platform di mana ia dipasang.

Menurut laman web rasmi Microsoft, aplikasi itu direka untuk individu dan menawarkan perlindungan peranti tambahan. Ia akan mempunyai papan pemuka (dashboard) yang dipermudahkan menggunakan perisian antivirus sedia ada pada peranti.

Pada Android, Defender memberi perlindungan antivirus, keupayaan untuk mengimbas aplikasi yang tidak sepatutnya dan mengimbas pautan untuk perlindungan data web. Namun, iOS dan iPadOS hanya menawarkan perlindungan pancingan data web bersama papan pemuka yang menyertakan makluman untuk peranti lain dengan Defender dipasang.

Pada Windows pula, Defender bertindak serupa dengan papan pemuka kerana perlindungan antivirus telah dibina dalam aplikasi Windows Security. Pengguna boleh melihat perlindungan antivirus sedia ada seperti Norton, McAfee dan sebagainya sambil mengurus dan melihat perlindungan keselamatan pada peranti.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Samsung Newsroom

Exit mobile version