Kemas kini Google Chrome di Android yang terkini menawarkan ciri pratonton pautan halaman. Ciri ini sepertinya diaktifkan melalui kemas kini kepada versi 89 untuk pelayar. Dengan ini, pengguna boleh pratonton laman web terlebih dahulu tanpa perlu meninggalkan laman web yang masih terpapar.
Untuk pratonton pautan, pengguna hanya perlu menekan pautan dengan lebih lama dan pilih menui “Preview page”. Tetingkap kedua akan muncul dan memaparkan pratonton kandungan laman web tersebut. Ciri ini sangat membantu semasa anda sudah lama melayari laman web beli-belah sehingga anda tidak larat lagi untuk ke paparan paling terdahulu.
Sehingga kini, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna Android melalui pelayar Google Chrome. Untuk pengguna iOS pula, sebenarnya Safari sudah memiliki ciri seperti ini.
Komen pandangan anda menegnai ciri ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Verge
Gambar dari Firstpost

