Site icon TechNave BM

Pengguna Apple boleh mencuba Samsung Galaxy One UI pada iPhone

Samsung menemui cara halus baharu untuk memasarkan produknya kepada pengguna Apple dengan meminta pengguna iPhone mencuba One UI. Syarikat itu mempunyai halaman rasmi untuk mempromosikan ciri yang membolehkan pengguna iPhone meneroka UI Samsung Galaxy One, mesej dan ciri kamera.

Di halaman tersebut, kod QR disediakan di bawah perkataan ‘Cuba Galaxy pada iPhone anda’ (Try Galaxy on your iPhone). Selepas mengimbasnya, pengguna iPhone boleh menambah “Cuba Galaxy” (Try Galaxy) pada skrin utama dan klik masuk untuk mencubanya. Namun, fungsi ini hanya disokong oleh iPhone 7 dan ke atas dengan iOS 14 atau lebih baru.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2022/12/RPReplay_Final1670540362-2-1.mp4

Aplikasi ini menyerupai One UI 4.0 dengan siri Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy Z Flip4 dan Samsung Galaxy Z Fold4. Setelah masuk, fungsi tertentu dan kesan paparan mungkin berbeza mengikut model Samsung yang berbeza. Sudah tentu, aplikasi atau perkakasan dalam peranti tidak akan benar-benar diakses semasa menjalankan aplikasi. 

Sebagai salah satu syarikat pesaing, ia lebih fokus dalam memberikan pengguna pengalaman One UI adalah “lebih baik” daripada apa sahaja yang ditawarkan oleh Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version