Site icon TechNave BM

Pengguna Apple Glass boleh kawal telefon guna mata sahaja

Berita mengenai Apple Glass sebenarnya sudah lama menular di internet. Tidak pasti apakah kekangan yang dihadapi Apple memandangkan produk teknologi ini masih samar-samar sehingga kini. Namun, terdapat pendedahan fail paten Apple Glass yang memaparkan ciri menarik.

Ciri menarik tersebut adalah pengguna Apple Glass boleh mengawal peranti pintar dengan menggunakan mata sahaja. Kawalan mata ini melibatkan gerakan mata seperti berkelip dan menenung.

Imej dari paten

Bukan sekadar lirikan mata atau gerakan mata yang dapat mengawal peranti pintar, paten Apple Glass ini juga membolehkan pengguna meleret atau mengetik skrin sentuh pada cermin di kaca mata.

Memandangkan pendedahan maklumat ini hanyalah fail paten, Apple Glass mungkin dilengkapi ciri ini dan mungkin juga tidak dilengkapi ciri yang dinyatakan. Anda boleh membaca berita lepas mengenai Apple Glass di pautan ini.

Adakah paten ini bakal direalisasikan atau bakal tinggal sekadar paten sahaja? Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version