Site icon TechNave BM

Pengguna Apple Mac kini boleh beli aksesori iMac 2021 secara berasingan, bermula RM319

Selain melancarkan komputer M1 iMac pada bulan April, Apple turut memperkenalkan aksesori Mac yang diperbaharui seperti papan kekunci Magic Keyboard, tetikus Magic Mouse dan pad sentuh (trackpad) Magic Trackpad namun ia hanya disertakan bersama komputer tersebut.

Kini, pengguna komputer Apple Mac di Malaysia boleh membeli aksesori-aksesori tersebut secara berasingan. Berikut adalah senarai harga untuk aksesori iMac 2021:

Perlu diingati bahawa papan kekunci Magic Keyboard yang dilengkapi Touch ID hanya boleh digunakan dengan Mac yang mempunyai cipset M1. Untuk warna pula, pelanggan Malaysia hanya akan dihadkan kepada warna putih sahaja setakat ini, jadi mereka yang telah ingin membeli aksesori yang padan dengan warna iMac mereka mungkin perlu tunggu lebih lama lagi.

Layari laman web Apple untuk maklumat lanjut tentang aksesori ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aksesori ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version