Site icon TechNave BM

Pengguna Apple Vision Pro perlu pergi ke kedai Apple untuk tukar kata laluan

Apple Vision Pro telah dikeluarkan dengan tanda harga $3,499 (~RM16,667). Tidak dinafikan, peranti itu telah berjaya menarik perhatian peminat teknologi di seluruh dunia dengan menggabungkan dunia nyata dan maya.

Namun, yang peliknya adalah anda tidak boleh menetapkan semula kata laluan Apple Vision Pro tanpa pergi ke kedai Apple. Jika anda seorang yang sukar untuk mengingati kata laluan, Apple Vision Pro mungkin bukan pilihan terbaik untuk anda. Pada masa ini, tiada cara untuk menetapkan semula kata laluan tanpa pergi ke Apple Store.

Jika anda terlupa kata laluan peranti atau perlu menetapkannya semula, anda perlu sama ada pergi ke Apple Store secara peribadi atau menghantar peranti itu kepada Apple. Apple mengekalkan langkah keselamatan pada tahap maksimum dan menyasarkan ia menjadi peranti yang sangat selamat.

Oleh itu, mungkin terdapat kebimbangan keselamatan yang mudah di sebalik langkah ini. Memandangkan kekerapan bilangan pengguna terlupa kata laluan mereka, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa Apple mungkin menarik balik isu ini tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version