Site icon TechNave BM

Pengguna Bank Muamalat kini boleh gunakan Samsung Wallet

Akhirnya, Bank Muamalat mengumumkan bahawa pelanggan mereka kini boleh menggunakan Samsung Wallet. Pengumuman ini boleh dilihat di akaun rasmi Bank Muamalat pada X (dahulunya Twitter) memberitahu bahawa pengguna boleh menggunakan debit-i atau kad kredit-i terus daripada telefon Samsung atau jam tangan Galaxy anda.

Pelanggan yang boleh menggunakan ciri ini adalah mereka yang mempunyai kad Debit-i atau Kad Kredit-i . Untuk menggunakannya, anda perlu mempunyai peranti Samsung Galaxy dan Galaxy Watch (pilihan) > buka aplikasi Samsung Wallet > tekan ikon + > ikut arahan dan masukkan butiran kad debit atau kredit.

Untuk makluman anda, walaupun Samsung Wallet sudah lama terdapat di Malaysia, ia masih terhad kepada beberapa bank dan kad terpilih sahaja seperti kad kredit CIMB Bank, debit dan kad kredit Public Bank. Perkhidmatan ini juga tersedia untuk kad debit dan kredit Maybank dan beberapa yang lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version