Site icon TechNave BM

Pengguna boleh gunakan Instagram Shopping mulai bulan hadapan

Bangkok, Thailand - July 27, 2019 : Instagram user liking his own photo on Instagram.

Bermula bulan hadapan, Instagram akan membolehkan pengguna untuk menjual produk secara terus melalui aplikasi tersebut. Hari ini, Instagram mengumumkan syarat kelayakan perdagangan (Commerce Eligibility Requirements) yang membuka akses kepada Instagram Shopping ke lebih banyak kedai dan juga pengguna.

Kemas kini kelayakan ini akan berkuatkuasa pada 9 Julai ini di semua negara yang menyokong ciri Instagram Shopping. Akaun pengguna perlu melalui beberapa saringan untuk kesahihan dan ketelusan. Instagram tidak memberitahu syarat bilangan pengikut yang perlu ada untuk membolehkan pengguna layak menggunakan ciri ini. Pengguna juga perlu meletakkan tanda nama (tag) pada produk mereka melalui laman web jual beli mereka.

Bagaimana dengan berita mengenai Instagram Shopping ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terus.

Sumber : engadget

Exit mobile version