Site icon TechNave BM

Pengguna boleh gunakan kad debit atau kredit di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang

Ujian rintis awam sistem pembayaran terbuka di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang telah membawa perkembangan signifikan kepada pengguna jambatan tersebut. Sekarang, pengguna tidak hanya bergantung pada kad Touch ‘n Go dan RFID untuk melakukan transaksi tol, tetapi juga dapat menggunakan kad debit dan kad kredit, memberi mereka lebih banyak pilihan dalam urusan pembayaran.

Proses transaksi tol kini lebih mudah dengan adanya penambahan peranti di lorong-lorong yang dipasang dengan papantanda logo MyDebit, Visa dan Mastercard. Setiap lorong dilengkapi dengan dua jenis pambayaran, membolehkan pengguna memilih sama ada untuk menggunakan kad Touch ‘n Go atau kad MyDebit-Visa-Mastercard untuk membayar tol dengan lebih fleksibel.

Untuk memberi insentif kepada penduduk Pulau Pinang, mereka yang layak boleh mendaftar kad bank untuk mendapatkan diskaun 20% bagi transaksi tol. Untuk maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, mereka boleh melayari portal Jimat di Penang.

Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kemudahan dan keselesaan pengguna jambatan Pulau Pinang serta menggalakkan penggunaan teknologi dalam sistem pembayaran tol. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PLUS Malaysia

Exit mobile version