Site icon TechNave BM

Pengguna Celcom alami gangguan perkhidmatan sejak pagi ini

Sejak waktu pagi 5 November, para pengguna Celcom telah mengalami masalah hubungan internet dan banyak rungutan telah pun ditulis dalam saluran media sosial Celcom. Dalam Twitter, Celcom kini menjadi perkataan yang sedang banyak dibual (trending) dan setakat waktu artikel ini ditulis, gangguan perkhidmatan ini masih berlangsung.

Beberapa pengguna melaporkan bahawa perkhidmatan media sosial boleh dibuka namun perkhidmatan internet lain seperti Google dan YouTube tidak boleh diakses.

Celcom sudah pun mengakui masalah ini dan kini sedang berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan seperti biasa. Gangguan terbaru ini berlaku hanya sebulan selepas Celcom mengalami masalah perkhidmatan yang serius pada 4 Oktober.

Beritahu kami di Facebook jika perkhidmatan Celcom anda sudah pulih dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version