Site icon TechNave BM

Pengguna CelcomDigi guna data internet sebanyak 38GB sebulan secara purata

CelcomDigi hari ini mengumumkan laporan suku tahunan kedua untuk tahun 2025 yang berakhir pada bulan Jun. Syarikat itu melaporkan bahawa integrasi dan pemodenan rangkaiannya telah pun mencapai tahap persiapan 84% dan membenarkan pengguna untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik.

Mereka juga melaporkan bahawa secara purata, para pengguna CelcomDigi kini menggunakan data sekitar 38GB sebulan seorang. Ini menandakan permintaan yang lebih tinggi untuk internet berkelajuan tinggi di seluruh negara.

Jumlah penggunanya kini mencecah 20.4 juta, lebih tinggi sebanyak 151,000 jika dibandingkan dengan suku kedua 2024 (Y-Y). Daripada jumlah tersebut, 5.95 juta adalah pelanggan pascabayar, 12.57 juta adalah pelanggan prabayar dan 236 ribu adalah pelanggan Home & Fibre.

Dalam usahanya untuk menarik pelanggan dan menaik taraf perkhidmatan, CelcomDigi telah membuka hampir 60 kedai digital-concept baharu untuk berinteraksi dengan pelanggan serta dua kedai flagship CelcomDigi Life untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih mendalam bersama perkhidmatan daripada Samsung dan Disney.

Mereka juga menggunakan GenAI dan Agentic AI untuk memberi perkhidmatan lanjut kepada pelanggan, dalam usahanya untuk memupuk teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasinya.

Adakah anda salah satu pengguna CelcomDigi? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version