Site icon TechNave BM

Pengguna CIMB Clicks perlu kemas kini sebelum 8 Oktober 2022 untuk terus gunakannya

CIMB Bank telah mengingatkan para pengguna untuk mengemas kini aplikasinya dalam telefon pintar, CIMB Clicks, kepada versi terkini bagi membenarkan penggunaan yang lancar dan selamat. Menurut laman web rasminya, CIMB berkata para pengguna perlu mengemas kini aplikasi tersebut sebelum 8 Oktober 2022.

Ini adalah sebahagian daripada usaha CIMB Bank untuk menjamin keselamatan para pengguna. Versi CIMB Clicks yang terbaharu adalah 6.1.97 untuk iOS dan 4.1.97 untuk Android.

Untuk semak versi aplikasi CIMB Clicks anda, anda boleh tekan ikon “?” di bahagian atas kanan pada halaman utama. Tidak kiralah apa bank yang anda gunakan, anda dinasihatkan untuk menghidupkan kemas kini secara automatik bagi memastikan bahawa anda sentiasa mendapat keselamatan terkini daripada pihak bank.

Sebelum ini, CIMB Bank melancarkan CIMB Octo App yang turut menawarkan fungsi perbankan, namun dengan antara muka (UI) yang diperbaharui.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version