Site icon TechNave BM

Pengguna e-dompet Boost di 6 negeri boleh bayar zakat fitrah dalam aplikasi tersebut

Aplikasi e-dompet tempatan Boost hari ini telah memperkenalkan fungsi pembayaran zakat fitrah untuk pengguna di enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pahang, Sabah, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Fungsi ini adalah sebahagian daripada kempen Bersama Berkongsi Berkat oleh Boost yang memperkenalkan beberapa fungsi unik sempena bulan Ramadhan.

Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan mulai hari ini dalam aplikasi Boost sehingga 12 Mei, tanpa perlu melawat sebarang kaunter zakat fizikal. Pengguna hanya perlu menekan butang ‘Zakat’ dalam laman utama (homepage) atau butang ‘Do More’ dalam section ‘Donation’.

Pengguna kemudian perlu mendaftarkan akaun zakat dengan memasukkan nama penuh, nombor IC dan nombor telefon. Segala informasi tentang kadar bayaran zakat akan disediakan dalam aplikasi dan pembayar akan menerima resit melalui e-mel. Selari dengan perundangan Islam, pembayaran zakat melalui e-dompet adalah sah walaupun tanpa lafaz akad.

Pembayaran zakat harta juga boleh dilakukan untuk pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah manakala pengguna di Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan boleh melakukannya bermula bulan Mei. Selain zakat, pengguna juga boleh menyumbang derma kepada badan kebajikan dan menebus Boost Coins untuk pelbagai hadiah dalam Ramadan Rewards Catalogue.

Layari laman web Boost atau media sosial Boost untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version