Site icon TechNave BM

Pengguna Facebook kini boleh menonton video bersama-sama dalam Messenger

Sepanjang tahun ini, Facebook memperkenalkan pelbagai fungsi baru bagi memudahkan para pengguna untuk saling berhubung sewaktu mengamalkan penjarakan sosial. Selepas memperkenalkan panggilan video Messenger Rooms yang boleh disertai 50 orang, kini Facebook melanjutkan fungsi tersebut untuk menyertakan tontonan video secara bersama-sama dalam Messenger.

Fungsi baru yang dinamakan Watch Together (Menonton Bersama dalam Bahasa Melayu) ini membolehkan para pengguna untuk menonton video yang terdapat dalam Facebook Watch secara berkumpulan dalam Messenger Rooms bagi mencipta semula suasana menonton televisyen bersama-sama dalam satu tempat.

Fungsi Menonton Bersama dalam Facebook Bahasa Melayu

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu mencipta ‘bilik’ Messenger Room dalam panggilan video Messenger, kemudian pengguna boleh meleret ke atas untuk mengakses menu dan pilih Watch Together. Pengguna kemudian boleh pilih sebarang video yang terdapat dalam Facebook. Sebanyak 50 orang boleh turut serta dalam Messenger Room ini.

Adakah ini fungsi yang anda akan gunakan dalam Facebook sewaktu PKP ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Newsroom

Exit mobile version