Site icon TechNave BM

Pengguna Facebook seluruh dunia dapati akaun tiba-tiba log keluar secara automatik

Terkini, rata-rata pengguna Facebook mendapati akaun Facebook mereka telah log keluar secara automatik walaupun sebelum ini sudah dilog masuk dan tiada tindakan log keluar dilakukan. Isu ini sepertinya berlaku pada garis masa beberapa jam lepas (dari waktu artikel ini ditulis).

Untuk pengetahuan anda, kelihatannya bukan sahaja pengguna di Malaysia yang mengalaminya, tetapi juga pengguna di luar negara. Menurut laporan dari Channel News Asia, rata-rata warganet di seluruh dunia mengeluarkan persoalan yang sama tentang akaun Facebook yang tiba-tiba telah log keluar.

Menurut Facebook, mereka sudah menerima laporan ini dan sedang menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Adakah anda mengalaminya juga? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version