Site icon TechNave BM

Pengguna iOS 16 hadapi pepijat prestasi, kehabisan bateri dan banyak lagi selepas pelancaran

iOS 16 telah membawa banyak perubahan daripada segi skrin kunci sambil membawa beberapa ciri baharu. Namun, setelah mengemas kini, beberapa pengguna mengalami isu seperti masalah prestasi, kehabisan bateri dan banyak lagi.

Versi ‌iOS 16‌ perlu dikemas kini bagi iPhone yang disokong manakala iPhone 14 dan iPhone 14 Pro hadir dengan kemas kini iOS 16. Minggu lepas, Apple mengeluarkan iOS 16.0.2 yang membaiki gegaran kamera pada ‌iPhone 14 Pro‌, salin dan tampal serta banyak lagi. 

Walaupun Apple mengeluarkan kemas kini iOS 16.0.1 dan iOS 16.0.2, pengguna masih menghadapi beberapa pepijat seperti berikut:

Apple sedang menguji iOS 16.1 dengan pembangun dan penguji beta awam dan ia mungkin dilancarkan bersama iPadOS 16.1 dan macOS Ventura. Apple menasihati pelanggan yang menghadapi masalah untuk memulakan semula iPhone mereka. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version