Site icon TechNave BM

Pengguna iOS bakal ketahui lokasi membuat ujian COVID-19 melalui aplikasi Maps

Berita ini mungkin sebuah berita gembira untuk penghuni iOS. Anda kini bakal mengetahui dan menyemak lokasi untuk melakukan ujian COVID-19 melalui aplikasi Maps. Apa pun, fungsi ini dijangka mengambil sedikit masa kerana penyenaraian lokasi tersebut memerlukan kerjasama daripada pihak klinik atau pusat kesihatan untuk mendaftarkannya.

Fungsi baru pada aplikasi Maps ini membenarkan anda melihat senarai lokasi untuk mendapatkan rujukan dan jenis ujian (sama ada hospital atau makmal). Sumber melaporkan sebuah portal daripada Apple sedang dibuka untuk pusat kesihatan mendaftarkan lokasi mereka.

Kami menjangkakan fungsi ini bakal memudahkan individu bergejala untuk menyemak kemudahan lokasi ujian terlebih dahulu agar masa berada di luar rumah boleh dihadkan. Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadjet

Exit mobile version