Site icon TechNave BM

Pengguna iOS kini boleh tukar WhatsApp ke tema ‘dark mode’

Walaupun mod gelap (dark mode) telah tersedia di pelbagai aplikasi telefon pintar, masih terdapat satu aplikasi yang belum dikemas kini dengan ciri ini iaitu WhatsApp untuk iOS. Kini anda boleh mendapatkan mod gelap pada aplikasi WhatsApp yang telah dilancarkan kepada pengguna iOS di App Store.

Terdahulu, mod gelap pada WhatsApp ini hanya tersedia kepada pengguna Android dengan versi beta yang dilancarkan di Google Play Store. Akhirnya, pengguna iOS kini boleh menikmati ciri ini juga.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengguna dapat memuat turun beta WhatsApp dengan mod gelap kerana anda perlu menyertai program WhatsApp TestFlight pada iOS anda.

Jika anda benar-benar tidak sabar untuk mencuba ciri mod gelap pada WhatsApp di iOS, anda juga boleh memuat turun melalui laman web APK. Tetapi adalah lebih baik jika anda menunggu kemas kini pada iCloud kerana ianya lebih selamat berbanding memuat turun dari laman web.

Adakah anda tidak sabar untuk menukar aplikasi WhatsApp ke mod gelap? Beritahu kami di laman Facebook dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita dalam dunia teknologi.

Terjemahan daripada TechNave English

Exit mobile version