Terdapat beberapa aduan daripada pengguna iPad Air 2022 yang mengatakan penutup aluminium peranti itu adalah terlalu nipis, mengakibatkan bunyi keriut serta rasa sedikit bonggolan di belakang peranti. Jika beliau menekan sedikit pada belakang iPad Air tersebut, ia akan menyebabkan skrin untuk melendut (warped).
Satu ulasan di Reddit oleh pengguna iPad Air menyatakan bahawa dia telah memesan dan menerima dua iPad Air 2022 biru. Pengguna tersebut agak terkejut apabila dia menerima plat belakang aluminium yang lebih nipis daripada pada iPad 4 yang hampir boleh merasakan bateri melalui plat apabila beliau memegang peranti. Kedua-dua iPad mempunyai sentuhan yang sama dan mengeluarkan bunyi berderit apabila beliau memegangnya sedangkan ini tidak berlaku pada iPad Air 4.
Beberapa pengguna turut menyiarkan video bunyi berderit yang datang daripada ketukan lembut pada paparan peranti untuk menunjukkan beberapa masalah. Pengguna turut merasakan iPad Air kali ini mempunyai kualiti yang sangat rendah berbanding pendahulunya.
Ulasan pertama iPad Air generasi kelima telah dikongsi awal minggu ini namun pengulas di kalangan media tidak menyatakan sebarang penurunan kualiti binaan selain daripada pilihan warna baharu dan serupa dengan model generasi sebelumnya. Ciri baharu utama iPad Air termasuk cip M1 sama yang terdapat dalam iPad Pro seperti sambungan 5G, kamera hadapan 12MP yang dinaik taraf, port USB-C dua kali lebih pantas untuk pemindahan data dan pilihan warna baru.
Harga iPad Air bermula pada RM2,699 untuk storan 64GB. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: Macrumors

