Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone 12 lapor masalah sambungan LTE dan 5G tiba-tiba “No Service”

Setelah siri iPhone 12 dilancar, mungkin terdapat beberapa masalah yang dialami oleh pengguna peranti baharu ini. Terkini, sumber melaporkan beberapa pengguna siri iPhone 12 mempunyai masalah 5G dan LTE tiba-tiba hilang.

Masalah liputan atau 5G ini dilapor oleh beratus pengguna di laman forum Apple dan laman Reddit. Kebanyakan pengguna kehilangan rangkaian LTE atau 5G apabila mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada pengguna yang telah cuba menetapkan semula tetapan rangkaian (network setting), namun masalah yang sama berlaku.

Apa pun, masalah ini dilapor oleh kebanyakan pengguna yang menggunakan rangkaian 5G dan LTE di AS. Berkemungkinan, ia juga adalah masalah daripada syarikat telekomunikasi. Perkara ini mungkin boleh menjadi sesuatu yang perlu kita ambil tahu sekiranya rangkaian komersial 5G dilancar untuk semua pengguna di Malaysia kelak.

Adakah anda mempunyai sebarang masalah dengan siri iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version