Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone 13 mengalami isu skrin merah jambu, Apple berkata ia adalah pepijat perisian

Beberapa pengguna melaporkan masalah skrin bertukar ke warna merah jambu apabila menggunakan iPhone 13 dan perlu menghidupkan telefon semula untuk mendapatkan skrin dengan warna standard. Pada bulan Oktober lepas, seorang pengguna telah menyiarkan bahawa skrin iPhone 13 Pro mereka bertukar menjadi merah jambu dan mulai lag.

Walaupun iPhone mereka telah diganti, beberapa pengguna lain mula melaporkan masalah yang sama. Masalah berlaku ketika mengambil gambar dan skrin membeku (froze) bertukar menjadi merah jambu dan kemudian dimulakan semula. Mereka turut membuat panggilan ke Apple support untuk menjalankan diagnostik dan telefon didapati tiada masalah. Sekiranya masalah masih berterusan, mereka memutuskan untuk mengembalikan iPhone.

Di laman Reddit pula, terdapat pengguna yang mengalami masalah ini ketika GPS dimainkan dan menggunakan kuasa kitarannya. Terdapat juga pengguna iphone 13 Pro lain yang mengadu bahawa bateri telefon mereka bertindak pelik dan terus membeku bertukar menjadi merah jambu.

Menurut blog My Drivers, Apple telah membuat kenyataan di sosial media Weibo pada hujung minggu ini kerana kebanyakan kes berlaku di China. Apple menyatakan masalah skrin merah jambu berlaku apabila sistem dikunci.

Apple menasihati pengguna untuk mengemas kini data dan perisian telefon bagi mengelakkan ketidakserasian antara versi aplikasi dan versi iOS. Setakat ini, iOS 15.3 RC juga tidak menyatakan sebarang pembaikan pepijat skrin merah jambu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version