Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone 14 Pro laporkan terdapat garisan mendatar berkelip semasa dihidupkan

Kini, berlegar di ruangan media sosial bahawa terdapat sesetengah pengguna iPhone 14 Pro dan ‌iPhone 14 Pro‌ Max menghadapi masalah garisan mendatar berkelip pada paparan iPhone mereka apabila peranti dihidupkan tanpa sebab yang jelas mengapa atau cara untuk membetulkannya.

Di Reddit, berpuluh-puluh pengguna ‌iPhone 14 Pro‌ melaporkan bahawa terdapat satu atau lebih garis hijau dan kuning berkelip pada skrin sebelum hilang beberapa saat kemudian apabila peranti dihidupkan. Pasukan sokongan Apple telah memaklumkan kepada mereka bahawa isu itu bukan disebabkan oleh perkakasan tetapi adalah pepijat dalam iOS 16.

Menurut pengguna di Reddit, forum sokongan Apple (1,2,3) dan forum MacRumors telah mendedahkan isu itu yang nampaknya bermula berikutan kemas kini iOS 16.2. Namun, sesetengah pengguna melaporkan masalah itu walaupun mereka menggunakan versi lama ‌iOS 16‌.

Seorang pengguna di Reddit mendakwa jurutera Apple memaklumkan kepada mereka melalui telefon bahawa Apple sedang mengusahakan kemas kini perisian untuk isu itu tetapi butiran yang tepat tidak diketahui. Apple sedang menguji iOS 16.3 dengan pembangun dan penguji beta awam tetapi kemas kini itu tidak dijangka akan dilancarkan awal tahun depan.

Versi terkini ‌iOS 16‌ ialah iOS 16.2 yang menyertakan beberapa ciri baharu termasuk Apple Music Sing, aplikasi Freeform baharu Apple dan banyak lagi. Adakah anda mengalami masalah yang sama?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: MacRumors

Exit mobile version