Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone alami isu pepijat di App Store selepas mengemas kini kepada iOS 16

Semalam, Apple telah melancarkan iOS 16 dengan beberapa ciri dan fungsi baharu. Nampaknya, pengguna awal yang telah mengemas kini ke iOS 16 telah mengalami beberapa isu pepijat.

Seperti yang dilaporkan oleh 9to5Mac, ramai pengguna berkongsi bahawa mereka tidak dapat mengemas kini aplikasi di App Store setelah mengemas kini ke iOS 16. iOS 16 memberikan syarat perkhidmatan baharu di App Store tetapi mesej ralat (error) muncul setelah pengguna klik pada butang Setuju (Agree).

Selain itu, pepijat itu bukan sahaja menjejaskan pengguna iOS 16 tetapi juga pada peranti dengan versi iOS sebelumnya. Ini mungkin kerana Apple mengubah sesuatu pada App Store berikutan pelancaran iOS 16 yang menjejaskan sebilangan besar pengguna.

Kami berharap isu pepijat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version