Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone boleh kawal ‘game’ Netflix pada TV tidak lama lagi

Berdasarkan sumber, Netflix sedang mengusahakan ciri yang membolehkan anda menggunakan iPhone untuk mengawal game di TV anda, menurut laporan baharu. Netflix turut mengatakan game yang disediakan boleh dimainkan pada setiap peranti Netflix yang anda miliki. Ini menunjukkan salah satu peranti tersebut merupakan iPhone anda.

Namun, menurut seorang pembangun iOS, Steve Moser, di Twitter, aplikasi iOS mengeluarkan “Game di TV anda memerlukan pengawal untuk bermain. Adakah anda mahu menggunakan telefon ini sebagai pengawal game?”

Pada awal bulan ini, Netflix berkata bahawa ia telah mengeluarkan 55 game setakat ini. Kesemua game tersebut hanya boleh dimainkan dalam peranti iOS dan Android dan tidak disediakan pada skrin seperti TV atau komputer riba. 

Seperti yang dikatakan oleh Netflix, game awan sedang “sedang dijalankan” dan mungkin anda akan dapat menggunakan telefon anda untuk mengawal game awan tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  The Verge

Exit mobile version