Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone dan iPad kini boleh sesuaikan Bar Menu di Chrome

Chrome untuk iPhone dan iPad telah memperkenalkan peningkatan kualiti pneggunaan yang signifikan dengan membolehkan pengguna menyesuaikan bar menu. Penyesuaian ini boleh didapati di butang tiga titik yang memberi pilihan “Customize Menu” di bahagian bawah.

Ciri baru ini meningkatkan kawalan pengguna terhadap ikon yang kerap digunakan yang sebelumnya muncul di bahagian atas dalam susunan yang sentiasa berubah-ubah. Pengguna juga boleh mematikan “Smart Sort Menu Bar” untuk mengelakkan perubahan ini daripada berlaku.

Selain itu, hampir semua ikon dalam senarai kecuali Tetapan dan Maklumat Laman, boleh dibuang. Ini termasuk ciri seperti Penanda Buku, Muat Turun, Sejarah, Pengurus Kata Laluan, Senarai Bacaan, Tab Terkini, Track Price dan Apa Yang Baru. Pengguna juga boleh menyusun semula dan membatalkan tanda ikon dalam senarai tindakan seperti Ikut, Tambah ke Penanda Buku, Hapus Data Pelayaran dan Terjemah.

Bar menu yang boleh disesuaikan ini tersedia di Chrome 125 untuk iPhone dan iPad bagi menyediakan pilihan navigasi yang lebih diperibadikan dan efisien. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5google

Exit mobile version