Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone di Malaysia boleh sambung ke 5G dengan kemas kini iOS 16.2

Hari ini, iOS 16.2 boleh dimuat turun dan membawa pelbagai ciri baharu dan pembaikian pepijat. Antara tambahan baharu adalah sambungan 5G yang juga disediakan untuk rakyat Malaysia.

Digi, Celcom dan U Mobile adalah syarikat telekomunikasi besar yang telah menyertai rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB). Selagi anda berada dalam pelan dan liputan kawasan yang menyokong 5G, anda boleh sambung ke rangkaian 5G selepas mengemas kini kepada iOS 16.2 pada iPhone anda. 

Namun, Yes dan unifi tidak tergolong dalam rangkaian ini walaupun syarikat itu menggunakan rangkaian borong tunggal yang sama. Di bawah adalah senarai pelan yang layak untuk disambungkan ke rangkaian 5G:

Sudahkah anda mengemas kini iPhone anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version