Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone lebih cenderung sakitkan hati pasangan berbanding pengguna Android

Baru-baru ini, terdapat sumber yang telah menjalankan tinjauan terhadap pengguna Android dan pengguna iPhone sempena Hari Kekasih. Sebagai hasilnya, tinjauan mendapati bahawa pengguna iPhone lebih cenderung untuk sakitkan hati pasangan berbanding pengguna Android.

Laman tersebut telah menjalankan tinjauan terhadap kira-kira 2,000 pengguna sahaja. Tinjauan ini mungkin tidak menyeluruh, namun anda boleh melihat hasil tinjauannya. Anda boleh melihat hasil tinjauan seperti di bawah contohnya tabiat buruk menggunakan telefon semasa dalam perbualan atau menonton filem lebih kerap dilakukan oleh pengguna iPhone.

Apa yang menarik pada pandangan kami adalah menggunakan filter di setiap gambar lebih kerap dilakukan oleh pengguna iPhone. Mungkin inilah keistimewaan pengguna Android yang sudah memiliki filter dan AI Beauty pada kamera. Apa pun, kami pasti tidak semua pengguna suka menggunakan filter.

Melalui hasil tinjauan di bawah pula, anda boleh melihat tabiat lain yang dilakukan sama ada oleh golongan wanita atau lelaki. Kebanyakan wanita dilihat suka menggunakan telefon semasa sedang menonton filem, manakala kebanyakan lelaki pula suka menggunakan telefon semasa sedang berbual dengan pasangan.

Perlu diingatkan bahawa tinjauan ini bukanlah bersifat menyeluruh dan hanya sekadar tinjauan kecil sahaja. Apakah pendapat anda mengenai hasil tinjauan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Compare My Mobile

Exit mobile version