Site icon TechNave BM

Pengguna iPhone X ingin saman Apple selepas telefon itu meletup dalam poketnya

Seorang saintis di Melbourne, Australia bernama Robert De Rose bertindak menyaman Apple berikutan iPhone X miliknya meletup sewaktu ia diletakkan dalam poket seluar. Dalam kejadian yang berlaku pada 2019 itu, Robert mengatakan beliau sedang duduk di pejabatnya sebelum mendengar bunyi “pop” dan desis yang muncul daripada telefonnya.

Beliau kemudian berasa sakit pada kaki kanannya dan menyedari telefonnya sudah terbakar. Kulit beliau yang bersentuhan dengan telefon tersebut telah terbakar dan mengalami kecedaraan bakar tahap kedua.

iPhone X milik Robert De Rose yang telah meletup
Pandangan daripada bahagian sisi

Robert kemudian memaklumkan kemalangan itu kepada Apple namun beliau tidak menerima sebarang maklum balas. Kini, beliau berhasrat untuk menyaman syarikat teknologi itu bagi membangkitkan kesedaran dan mendapatkan ganti rugi untuk kemalangannya.

Beliau akan diwakili firma guaman Carbone Lawyers bersama seorang lagi lelaki yang ingin menyaman Apple kerana jam tangan Apple Watch beliau meletup pada pergelangan tangannya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Daily Mail

Exit mobile version