Site icon TechNave BM

Pengguna kereta Toyota perlu bayar untuk hidupkan kereta dari jauh dengan fungsi Remote Connect

Menurut The Drive, model Toyota 2018 atau yang baharu mempunyai langganan Remote Connect yang boleh menghidupkan kereta dari jauh dengan menggunakan fob kunci. Pembeli ditawarkan percubaan percuma Remote Connect bagi beberapa model Toyota yang mempunyai pakej Audio Plus atau Audio Premium.

Toyota mengesahkan bahawa pengguna perlu mula membayar untuk menghidupkan kereta dari jauh setelah percubaan percuma tamat. Kereta yang dibeli dengan Audio Premium akan menawarkan fungsi menghidupkan kereta dari jauh secara percuma selama 10 tahun. Kemudian, pengguna akan mula membayar $8 (~RM33) / bulan atau $80 (~RM336) / tahun untuk perkhidmatan Remote Connect penuh.

Namun di halaman Remote Connect Toyota tidak jelas mengenai penggunaan fob kunci dalam pelan. Ia hanya mengatakan bahawa perkhidmatan Remote Connect membolehkan pemandu menggunakan jam tangan pintar, peranti rumah pintar atau telefon pintar mereka untuk memulakan kereta mereka dari jauh.

Seperti yang dilihat di The Drive, beberapa pengguna telah menyedari fungsi fob kunci ini agak lama. Mereka mendakwa bahawa fob kunci mereka boleh menghidupkan kereta mereka dari jauh terutamanya bagi mereka yang memiliki Toyota yang 2018 atau lebih baru. Ini mungkin bermakna mereka menerima percubaan percuma.

Ciri ini selalunya dilihat kepada jenama kereta mewah seperti BMW, Porsche dan sebagainya dengan bayaran tertentu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version