Site icon TechNave BM

Pengguna Maxis mengalami masalah perkhidmatan tiba-tiba disekat

Terkini, beberapa pengguna syarikat telekomunikasi Maxis dilihat meninggalkan komen mengenai sambungan perkhidmatan yang disekat walaupun mereka tiada masalah pembayaran bil tertunggak. Rungutan dan aduan ini ditemui di ruangan komen siaran di Facebook rasmi Maxis.

Kami tidak pasti sama ada pengguna di seluruh Malaysia atau hanya di beberapa kawasan yang mengalami masalah perkhidmatan disekat secara tiba-tiba ini. Antara servis perkhidmatan yang turut disekat adalah Maxis Fibre.

Setakat ini, Maxis masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataaan mengenai masalah perkhidmatan yang disekat secara tiba-tiba walaupun pelanggan tiada masalah pembayaran bil yang tertunggak. Apa pun, kami akan memaklumkan sekiranya Maxis sudah memberi maklum balas tentang masalah ini.

Adakah anda mengalami masalah sama? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Gambar ihsan signalbooster

Exit mobile version