OpenAI mendedahkan bahawa chatbot ChatGPT kini mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif mingguan, dua kali ganda berbanding tahun lepas. ChatGPT yang dilancarkan pada 2022 boleh menjana respons seperti manusia berdasarkan gesaan pengguna dan mempunyai 100 juta pengguna aktif mingguan pada November lalu.
OpenAI berkata 92% daripada syarikat Fortune 500 menggunakan produknya dan penggunaan Application Programming Interface (API) automatik yang membolehkan program perisian berkomunikasi antara satu sama lain telah meningkat dua kali ganda sejak pelancaran ChatGPT-4o mini pada Julai lalu.
GPT-4o mini ialah model AI kecil yang menjimatkan kos dan bertujuan untuk menjadikan teknologinya lebih mampu milik serta kurang intensif tenaga. ChatGPT telah memacu populariti AI dan mendorong peningkatan mendadak dalam penilaian OpenAI.
Dalam berita lain, OpenAI dan Anthropic menandatangani perjanjian dengan kerajaan AS untuk penyelidikan, ujian dan penilaian model kecerdasan buatan mereka. Laporan media turut mengatakan Apple dan Nvidia sedang berbincang untuk melabur melebihi $100 bilion dalam OpenAI. Tambahan, Microsoft juga dijangka melabur dalam firma itu.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Axios

