Site icon TechNave BM

Pengguna pascabayar Digi boleh aktifkan rangkaian 5G secara percuma bermula 10 November 2022

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengumumkan akses 5G yang akan mula disediakan buat pelanggannya pada 10 November 2022 bermula dengan pelanggan Digi Postpaid. 

Pelanggan baharu dan sedia ada yang menggunakan pelan Digi Postpaid 90, 120, 150 dan Family Unlimited 200 mempunyai pilihan menaik taraf pelan mereka untuk menikmati akses 5G tanpa kos tambahan termasuk pelanggan PhoneFreedom 365 dan pakej PowerJimat dibawah pelan-pelan tersebut. 

Pelanggan Digi Postpaid yang layak boleh menaik taraf pelan mereka kepada 5G hanya dengan mengaktifkan 5G Speed ​​Booster melalui aplikasi MyDigi. Ini hanya boleh digunakan pada peranti yang menyokong teknologi 5G dan berada dalam liputan rangkaian 5G. Digi akan terus menyediakan akses 5G secara beransur-ansur termasuk Digi Prabayar dalam masa terdekat. 

Pelanggan hanya perlu melalui proses pengaktifan layan diri yang mudah untuk mengaktifkan kelajuan 5G pada pelan mereka. Pelanggan akan menikmati kelebihan Internet yang lebih pantas, kadar lengahan (latency) dan sambungan dalam talian lebih baik untuk gaming, penstriman, panggilan video serta muat turun.

Pelanggan pelan Digi Postpaid yang layak dan berminat untuk menikmati 5G boleh mengikuti langkah di bawah untuk mengaktifkan 5G mulai 10 November:

Pelanggan Digi Business dibawah pelan Go Digi 98 dan 128 juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan akses kepada perkhidmatan 5G pada pelan mereka menggunakan langkah yang sama seperti di atas.

Untuk menyemak kawasan liputan 5G dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej peranti 5G Digi atau 5G secara umum, anda boleh lawati laman web rasmi Digi di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version