Site icon TechNave BM

Pengguna prabayar Digi kini boleh dapatkan 10% kredit percuma dengan tambah nilai secara digital

Bermula hari ini sehingga 31 Julai, Digi mengumumkan bahawa semua pelanggan prabayar boleh menikmati kredit percuma sebanyak 10% secara automatik apabila mereka menambah nilai (top-up) menggunakan Digi Store Online atau aplikasi MyDigi.

Selain itu, penerima eBelia yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM30 berpeluang memenangi tambahan kredit bernilai RM50 melalui kempen Digi eBelia Reload & Win. Pelanggan yang membuat bayaran menggunakan e-dompet Boost atau Touch ‘n Go eWallet juga berpeluang untuk memenangi kredit RM50 tersebut.

Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlu ikuti jika anda ingin menyertai kempen ini:

  1. Buka aplikasi MyDigi atau laman web Digi Online Store
  2. Pilih jumlah tambah nilai kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel. Klik Reload untuk menikmati kredit 10% secara percuma. Penerima eBelia pula boleh menambah nilai RM30 untuk peluang memenangi kredit tambahan bernilai RM50.
  3. Buat pembayaran melalui rakan e-dompet Digi iaitu Boost atau Touch ‘n Go eWallet. Ia perlulah sama dengan e-dompet yang digunakan untuk menebus kredit eBelia.

Kempen ini bakal berlangsung sehingga 31 Julai dan seramai 1,000 pemenang akan dipilih daripada setiap e-dompet yang terlibat. Pemenang akan dimaklumkan pada 24 Ogos melalui SMS dan kredit RM50 akan dimasukkan dalam akaun Digi prabayar mereka pada 30 Ogos.

Layari laman web Digi untuk maklumat lanjut tentang kempen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version