Site icon TechNave BM

Pengguna premium Turbo GPT-4 kini terima ChatGPT yang lebih pintar

OpenAI secara rasminya telah melancarkan peningkatan GPT-4 Turbo kepada pengguna ChatGPT berbayar yang membawa rangsangan kepada kebolehan penulisan, pengekodan dan penaakulannya. Diumumkan di X, peningkatan ini menjanjikan respons yang lebih langsung, ringkas dan perbualan apabila menggunakan ChatGPT.

Ini sejajar dengan respons kepada OpenAI yang mencadangkan peralihan daripada keluaran bertele-tele dan berpotensi berulang. Ini bukan kali pertama GPT-4 Turbo menjadi tajuk utama. November lalu, OpenAI mengumumkan penyepaduannya dengan chatbot AI CoPilot Microsoft dan penjana imej DALL-E 3 yang membayangkan aplikasinya yang lebih luas.

GPT-4 Turbo membawa peningkatan yang ketara dan kini, ia boleh mengakses dan memproses enam kali lebih banyak data teks sehingga 300 halaman berbanding had sebelumnya iaitu 50. Pangkalan pengetahuan yang diperluas ini membolehkan pertanyaa pengguna yang lebih rumit dan respons yang berpotensi lebih bernuansa.

Selain itu, GPT-4 Turbo kini boleh menjana kapsyen dan penerangan untuk imej, malah mengendalikan permintaan teks ke pertuturan. Pada asalnya, sumber dihadkan pada April 2023 sahaja, Namun kini, GPT-4 Turbo boleh mengakses dan memproses maklumat sehingga Disember 2023 untuk memastikan pengguna mendapat hasil dan cerapan yang paling terkini.

Peningkatan GPT-4 Turbo menandakan lonjakan yang ketara ke hadapan untuk ChatGPT. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version