Site icon TechNave BM

Pengguna Premium YouTube boleh memuat turun video melalui pelayar

YouTube masih dalam fasa uji kaji ciri untuk memuat turun video pada pengguna Premiumnya. Namun ciri itu tidak akan aktif secara automatik. Untuk menggunakannya, anda perlu ke Halaman Baru YouTube dan klik pada butang Dapatkan Premium (Get Premium).

Kemudian, pergi ke video yang ingin dimuat turun dan klik butang Muat Turun (Download) yang terdapat di bawah video seperti gambar di bawah.

Terdapat beberapa perbezaan sekiranya anda ingin memuat turun video melalui aplikasi atau pelayar. Anda perlu memastikan Tab pelayar sentiasa dibuka manakala melalui aplikasi, anda boleh menutup program dan memuat turun di latar belakang.

Jika anda memuat turut menggunakan aplikasi, anda boleh memilih resolusi di tetapan muat turun. Namun, anda harus berulang-alik antara tetapan dan suapan video untuk memilih resolusi yang lain jika menggunakan pelayar.

Anda boleh menikmati pengalaman ini sehingga 19 Oktober sahaja kerana ia masih dalam ujian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version