Site icon TechNave BM

Pengguna Samsung bakal boleh guna Quick Share di komputer, fungsi seperti AirDrop

Jika anda adalah pengguna Samsung, berita ini adalah berita gembira untuk anda. Mucrosoft dan Samsung dilapor berkolaborasi untuk mewujudkan fungsi Quick Share yang boleh menghubungkan peranti Samsung dengan komputer atau komputer riba yang dioperasikan Windows 10.

Menurut sumber, Samsung telah menambah Quick Share di Microsoft Store. Anda kini boleh memindahkan fail dengan lebih pantas tanpa wayar dari telefon kepada komputer, atau dari komputer ke telefon Samsung anda. Kesemua peranti Galaxy dengan sistem operasi UI 2.0 boleh menggunakan fungsi ini.

Selain itu, terdapat juga aplikasi Samsung Free dan Samsung O. Samsung Free membolehkan anda melihat kandungan seperti berita, saluran TV atau game manakala Samsung O masih lagi tidak diketahui kegunaannya.

Dengan kemunculan fungsi Quick Share dari Samsung, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai aplikasi Samsung lain yang mungkin muncul di Microsoft Store. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version