Site icon TechNave BM

Pengguna Telegram kini boleh membuat panggilan video

Pengguna aplikasi pemesejan Telegram kini boleh membuat panggilan video untuk sistem operasi iOS dan Android. Panggilan video kini sudah menjadi satu keperluan terutamanya pada tahun ini sewaktu pandemik COVID-19 memaksa ramai orang untuk kekal dalam rumah.

Setakat ini panggilan video Telegram masih berada dalam versi Alpha dan hanya boleh digunakan untuk panggilan satu-sama-satu. Telegram mengatakan mereka masih sedang mengusahakan fungsi panggilan video berkumpulan.

Telegram mengatakan semua panggilan video akan dijamin dengan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) bagi memastikan komunikasi yang selamat dan tidak diceroboh oleh pihak ketiga. Jika Telegram boleh mengeluarkan fungsi video berkumpulan dalam masa terdekat, sudah tentu ia akan memberi saingan hebat terhadap aplikasi panggilan video lain seperti Zoom, Google Meet atau Skype.

Fungsi ini juga ditawarkan sempena ulang tahun Telegram yang ke-7. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Telegram Blog

Exit mobile version