Site icon TechNave BM

Pengguna Touch ‘n Go eWallet kini boleh lakukan transaksi di Singapura

Perkhidmatan e-dompet Touch ‘n Go (TNG) eWallet mengumumkan bahawa para penggunanya yang berdaftar di Malaysia kini boleh mula melakukan pembayaran di Singapura.

Dengan kerjasama DuitNow-NETS untuk membenarkan pembayaran merentas sempadan negara, para pengguna TNG eWallet boleh membuat pembayaran di mana-mana kedai yang memaparkan kod QR NETS atau SGQR.

Pihak TNG eWallet berkata ini bermaksud e-dompet itu boleh digunakan di lebih 130,000 titik sentuhan (touchpoints) dalam Singapura, menjadikannya e-dompet Malaysia yang terbesar di negara tersebut. Sebelum ini, pengguna TNG eWallet di Singapura hanya boleh menggunakannya di kedai yang menerima pembayaran melalui Alipay+.

Sebelum melengkapkan transaksi, para pengguna TNG eWallet boleh melihat dahulu kadar penukaran mata wang secara langsung yang akan dipaparkan pada aplikasi tersebut.

Kemudahan ini juga akan ditawarkan untuk kad Visa Touch ‘n Go, jika sesebuah kedai di Singapura itu tidak menerima pembayaran melalui TNG eWallet.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version