Site icon TechNave BM

Pengguna Twitter Blue kini boleh muat naik video sehingga 2 jam, maksimum fail 8GB

Twitter telah memutuskan bahawa pengguna yang melanggan Twitter Blue harus diberi lebih banyak keistimewaan. Elon Musk telah menambah lebih banyak ciri pada pelan langganan Twitter Blue platform dan yang terbaru adalah Twitter memberi kebenaran untuk memuat naik video sehingga 2 jam atau bersaiz 8GB.

Pelanggan yang melanggan Twitter Blue boleh memanfaatkan ciri baharu tersebut dengan memuat naik semua jenis video dengan panjang yang berbeza. Malah, terdapat pengguna yang memuat naik filem tetapi telah dialih keluar oleh Digital Millennium Copyright Act (DMCA) dalam masa yang singkat.

Tidak dapat dipastikan bahawa 8GB tersebut adalah had muat naik setiap video atau jumlah had storan. Walau apa pun, ciri baharu ini berpotensi untuk disalahgunakan. Selain daripada memuat naik filem, sesetengah orang boleh menggunakannya sebagai alternatif kepada storan awan untuk video.

Persoalannya sekarang adakah perlu anda membayar dan melanggan Twitter Blue untuk memuat naik video sedangkan anda boleh memuat naik video tersebut pada platform YouTube. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version