Site icon TechNave BM

Pengguna U Mobile boleh akses rangkaian 5G bermula 3 November 2022

U Mobile telah memeterai Perjanjian Akses 5G (Access Agreement) dengan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi membenarkan para pelanggannya untuk mengakses rangkaian internet 5G berkelajuan tinggi bermula hari Khamis, 3 November 2022.

Untuk memudahkan rakyat Malaysia mengalami kepantasan 5G, U Mobile akan menyediakan beberapa pakej telekomunikasi pascabayar termasuklah U Postpaid 38 (data 30GB), U Postpaid 68 (data 100GB) dan U Postpaid 98 (data 1,000GB, boleh dikongsi bersama enam nombor U FamilyShare).

Khas untuk para pelanggan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98, mereka akan menerima data perayauan (roaming) sebanyak 15GB dan panggilan telefon percuma yang boleh digunakan di 63 negara.

Pelanggan U Postpaid 98 juga boleh memanfaatkan pilihan pakej U PayLater di mana mereka boleh membeli peranti 5G dengan kadar bunga 0% untuk bayaran ansuran. Di samping itu, pelanggan U Postpaid 98 dan U Postpaid 68 boleh memilih pakej U SaveMore untuk diskaun sewaktu membeli peranti 5G.

Buat para pelanggan prabayar U Mobile U25 dan U35, mereka boleh mengakses rangkaian 5G apabila mereka melanggan kepada fungsi Speed Booster yang menawarkan internet tanpa had kelajuan selama sejam untuk satu hari, atau 30 jam sebulan.

Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan 5G oleh mereka. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version