Site icon TechNave BM

Pengguna vivo, OPPO dan Xiaomi kini boleh bertukar fail sesama mereka tanpa memerlukan internet

Terkini, syarikat pelopor peranti pintar vivo, OPPO dan Xiaomi mengumumkan kolaborasi mereka untuk membawa inovasi baru. Inovasi ini merupakan sistem pemindahan fail nirwayar (wireless) yang diberi nama Peer-to-Peer Transmission Alliance.

Pengguna peranti vivo, OPPO dan Xiaomi kini boleh berkongsi fail tanpa memerlukan rangkaian internet. Hal ini kerana sistem nirwayar baru ini menggunakan Bluetooth dan WiFi P2P (Peer to Peer). Walaupun pemindahan fail berlaku dengan pantas, sistem ini tidak akan membazirkan kuasa peranti anda kerana ia hanya memerlukan sedikit penggunaan kuasa sahaja.

Ciri baru yang bakal memudahkan pengguna ini bakal hadir bersama produk vivo baru bermula dari Februari 2020. Menarik bukan? Apa pun, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini berita ini yang seterusnya.

Beritahu kami adakah anda seorang pengguna peranti vivo, OPPO atau Xiaomi di laman Facebook sekarang.

Exit mobile version