Site icon TechNave BM

Pengguna WhatsApp Android bakal boleh membuat panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang

Pada Jumaat lalu, Facebook telah memperkenalkan Messenger Rooms di mana pengguna boleh membuat panggilan video berkumpulan sehingga 50 orang peserta. Kini, Facebook akan mengintegrasikan fungsi tersebut dengan aplikasi pemesejannya yang terkenal, WhatsApp.

Menurut WABetaInfo, Facebook telah mengintegrasikan Messenger Rooms ke dalam kemas kini beta 2.20.163 untuk WhatsApp for Android. Kemas kini tersebut memperkenalkan ikon “Room” dalam ruangan sembang, yang akan membawa pengguna ke dalam sebuah ‘bilik’ (room) panggilan video yang boleh disertai sehingga 50 orang.

Fungsi untuk membuat room juga boleh diakses daripada tab Panggilan (Calls).

Pada masa ini, kemas kini beta ini hanya boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat namun ia dijangkakan akan disebarkan ke lebih banyak negara kelak.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan panggilan video berjemaah dalam WhatsApp dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version