Kini, WhatsApp sedang menguji ciri tambahan mesej yang dihantar kepada rakan atau keluarga anda pada aplikasi WhatsApp. Menurut WABetaInfo, versi beta WhatsApp dengan ciri baharu ini telah ditambah untuk pengguna Android.
Selepas menyunting mesej, aplikasi akan menghantar makluman untuk mengesahkan suntingan yang telah dilakukan. Ciri ini telah disediakan untuk pengguna beta iOS pada bulan Mac dan berkemungkinan dalam fasa ujian terakhirnya. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa WhatsApp akan melancarkan ciri ini tidak lama lagi.
Dalam pada itu, ciri penyuntingan ini hanya boleh digunakan pada versi terkini. Dalam erti kata lain, WhatsApp versi lama tidak akan dapat melihat mesej yang disunting. Aplikasi itu juga akan menunjukkan tanda ‘disunting’ setelah mesej disunting.
Selain Android dan iOS, fungsi suntingan juga ditambahkan pada versi beta WhatsApp Web. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

