Site icon TechNave BM

Pengguna WhatsApp kini boleh balas mesej dengan sebarang emoji reaksi

Beberapa minggu lalu, aplikasi pemesejan popular WhatsApp telah memperkenalkan fungsi reaksi di mana para pengguna boleh membalas sebarang mesej dengan emoji reaksi, namun ia hanya dihadkan kepada enam emoji sahaja.

Kini WhatsApp menambah baik fungsi reaksi ini di mana para pengguna boleh membalas mesej dengan sebarang emoji. Untuk membalas mesej dengan emoji, anda hanya perlu menekan lama pada mesej, kemudian pilih emoji yang ingin digunakan.

Fungsi ini akan diberikan kepada pengguna Android dan iOS dalam minggu-minggu akan datang. Pada waktu artikel diterbit, penulis masih belum menerima kemas kini ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version