Walaupun anda boleh memuat turun iTunes untuk Windows atau melawat Apple TV dalam talian, namun ia adalah mustahil untuk mencari perkhidmatan Apple ini di Microsoft Store. Bagaimanapun, Microsoft merancang untuk mengeluarkan kedua-dua platform ini pada tahun ini dengan pra-tonton baharu.
Jika anda melawati pra-tonton Apple Music dan Apple TV untuk Windows, penerangan untuk kedua-duanya menyebut bahawa “tidak semua ciri mungkin berfungsi seperti yang diharapkan”.
Selain itu, terdapat juga amaran bahawa memasang salah satu daripada aplikasi akan menghalang anda daripada melancarkan iTunes untuk Windows dengan betul termasuk audiobooks dan podcast.
Memandangkan ia hanyalah pratonton buat masa ini, anda tidak akan dapat memasang salah satu daripadanya. Selain itu, aplikasi Apple Devices bakal hadir yang membolehkan anda menguruskan produk Apple daripada PC Windows anda. Aplikasi Apple baharu ini memerlukan Windows 11 versi 22621.0 atau lebih tinggi.
Kini, Apple Music dan Apple TV menjadi lebih mudah diakses walaupun bukan pengguna peranti Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: The Verge

