Site icon TechNave BM

Pengguna Xiaomi berjaya tukar sensor cap jari menjadi kamera yang berfungsi!

Sensor cap jari dalam skrin jenis optikal adalah ciri yang selalu ditambah pada peranti yang menggunakan skrin OLED pada masa kini. Ia adalah alternatif yang lebih murah berbanding sensor cap jari dalam skrin jenis ultrasonik yang lebih maju dan lebih selamat digunakan.

Kepada yang tidak tahu mengenai cara ia berfungsi, sensor cap jari optikal ini menggunakan kamera untuk mengesan cap jari anda untuk tujuan pengesahan dan anda boleh lihat cahaya yang terang akan dipancarkan ketika ciri ini digunakan.

Walau bagaimanapun, sensor cap jari optikal ini tidaklah begitu selamat seperti yang anda fikirkan. Baru-baru ini, pengguna Xiaomi Mi 9T telah memuat naik video di laman sosial Reddit yang menunjukkan suapan kamera dari sensor cap jari perantinya itu. Pengguna tersebut dengan mudahnya hanya menggunakan aplikasi Activity Launcher untuk melakukan perkara ini.

Kualiti video dari suapan kamera ini adalah teruk dengan resolusi yang sangat rendah ke tahap yang anda tidak dapat digunakan untuk perkara lain. Namun, ini bukan perkara yang merisaukan. Perkara yang perlu dibimbangkan adalah risiko sekuriti yang mungkin akan berlaku jika anda menggunakan sensor cap jari ini untuk kegunaan aplikasi bank dan lain-lain.

Jika pengguna biasa pun mampu untuk melihat suapan kamera cap jari ini, banyak perkara yang bahaya akan terjadi jika orang yang lebih mahir seperti penggodam menggunakan suapan kamera ini. Perkara ini memang membimbangkan, namun syarikat telefon pintar mungkin mempunyai lapisan keselamatan dan sekuriti tersendiri untuk melindungi privasi anda. Anda tidak dinasihatkan untuk menukarkan fungsi cap jari kepada suapan kamera seperti pengguna ini untuk mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku.

Bagaimana dengan berita yang kurang menyenangkan ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version